Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum [ernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:
Bonus 1:Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah
Bonus 2:para malaikat beristighfar sehingga mereka berbuka
Bonus 3:Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampirihampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Meraka sanggup bersusah-payah di dunia demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat)
Bonus 4:Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan
Bonus 5:mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)." mengenai bonus kelima ini,ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan,teapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment